Projek Penerbitan DIY - blook

Tuesday, December 11, 2007

Cover cadangan



Salam.

Sekali lagi aku jemput kalian untuk menghantar entri-entri kalian untuk projek blook.

Tema dia apa-apa saja berkaitan motivasi.

Emailkan ke basri.normohdPADAM@gmail.com

Tuesday, January 02, 2007

Selamat Datang




Sampan kotak mengapa dikayuh,
Hendak belayar ke TANAH SEBERANG;
Patah kepak bertongkatkan paruh,
Pantang menyerah di tengah gelanggang.

Pernah dengar pantun tersebut ? Itulah salah satu pantun kepahlawanan. Pantun tersebut tersirat makna yang mendalam. Motivasi untuk kita dalam mengharungi hidup, yang tak selalu sesegar daun pudina.

Bagaimana kita melihat sesuatu masalah bergantung kepada kapasiti diri kita sendiri. Sebagai contoh, katakanlah seekor semut merah berhadapan dengan sebuah lopak. Bagi semut tersebut, lopak itu seumpama sebuah lautan. Tentu sukar bagi semut untuk mengharungi "lautan" tersebut. Kita bandingkan pula semut dengan gajah. Bagi gajah pula, lopak tersebut adalah salah satu daripada tapak kakinya!

PROJEK BLOOK TANAH SEBERANG
Blook tidak banyak berbeza daripada buku-buku yang biasa kita baca dan lihat. Cuma istimewanya blook kerana kandungannya berasal daripada entri blog. "From blog to book, BLog + bOOK" maka lahirlah "blook". Jika saudara/i punya blog, sudah tentu ia boleh dipindahkan ke bentuk buku.

Sehubungan dengan itu, maka saudara/i adalah dijemput untuk menyumbangkan entri-entri yang mempunyai TEMA MOTIVASI. Contohnya pengalaman belajar di negara asing, putus cinta, pengalaman pekerjaan, aktiviti lasak yang diceburi dan lain-lain. Dalam menempuh pengalaman tersebut mungkin saudara/i berjaya atau gagal, itu tidak penting. Yang penting bagaimana saudara/i menghadapi "lopak" atau "lautan" tersebut. Ya! puisi juga diterima.

TAGLINE PROJEK
"Kini semua blogger boleh jadi penulis buku, dan sebaliknya."

P/s : Kami tiru gaya tagline Air Asia - Now Everyone can fly.

FORMAT PENYERTAAN
Hantarkan seberapa banyak entri yang saudara/i suka, tetapi mestilah mematuhi format berikut ;

Nama pena / samaran :
URL Blog :
Nama sebenar :
No. Kad Pengenalan :
Alamat Pos ( sama ada Rumah / Kediaman / Pejabat ):
Alamat Email : (pastikan akaun email ini aktif dan yang sentiasa dibuka)
No. Telefon / Handphone :

a. Tajuk entri :
b. Tarikh entri ditulis :
c. Permalink :
d. entri

Pemilihan font, spacing, rekaletak dokumen adalah bebas tetapi pastikan tiada salah ejaan.

APA PENULIS-PENULIS DAPAT DARI PROJEK INI
1. 5 naskah percuma
2. Promosi url weblog secara cetak
3. Hak untuk menyiar ulang karya sendiri ke penerbitan lain
4. Hak untuk mengedar dan menjual, dapatlah wang
5. Kepuasan dapat menurunkan tandatangan.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

YURAN ATAU BAYARAN PENYERTAAN
Ditiadakan.

TARIKH TUTUP
Pengarah Projek akan menutup penyertaan berdasarkan kecukupan jumlah penyertaan iaitu lebih kurang 44 orang, atau mengikut budi bicara.

Lebih cepat bahan dapat dikumpulkan maka lebih cepatlah blook ini dicetak nanti.

HUBUNGI Basri melalui basri.normohdPADAM@gmail.com
LAIN-LAIN
Perkembangan terkini projek ini boleh juga dilayari melalui Forum Geng Jurnal;

Terima kasih.

P/s: Gambar pada cover buku hanyalah imaginasi sahaja dan belum ada kata putus lagi.